Bolehkah Untuk Tidak Memaafkan???
Kecil hati, marah, benci, dendam dan lain-lain perasaan lain yang sama waktu dengannya adalah satu perasaan yang sering lahir apabila hati seseorang insan dilukakan oleh insan lain sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja. “Adakah ada maaf bagimu?”. Dalam Islam terdapat pelbagai jenis dosa terhadap orang lain. Sebahagian darinya terdapat peruntukan hukuman Allah di atas dunia, seperti membunuh, merompak dan menuduh zina orang yang baik.


Jika dosa orang itu di dalam kategori besar di atas, maka hukum memaafkan mereka adalah tertakluk kepada si mangsa. Jika tidak dimaafkan, si pembunuh akan dibunuh balik, si perompak akan di potong tangan dan si penuduh akan di sebat 80 kali sebatan. Ini bermakna, hukum memaafkan kesalahan besar seperti ini tidak wajib ke atas mangsa. Bagaimanapun, Islam sentiasa menggalakkan umatnya bersikap belas dan memaafkan orang bersalah yang telah bertaubat dan insaf dengan benar.


Adapun bagi kesalahan kecil seperti mengumpat, ia bukanlah satu kesalahan yang sangat besar sehingga terdapat peruntukan hukuman Allah di dunia ini. Justeru, apabila si pesalah mengaku salah dan memohon maaf, amat digalakkan untuk memaafkannya berdasarkan sebuah hadith yang menyebut bahawa sesiapa yang dipohon kemaafaannya (dengan ikhlas), dan ia menolaknya, maka yang menolak tidak akan dapat merasai telaga Nabi Muhammad s.a.w di akhirat kelak. (Riwayat At-Tabrani. Albani : Dhoif).


Kesimpulannya, bagi kesalahan-kesalahan kecil, adalah tidak wajar seseorang itu tidak memaafkan individu yang telah mengakui dosanya. Bagaimanapun, hak untuk tidak memaafkan jika berlaku dosa besar masih tertakluk kepada si mangsa. Cuma Islam mengalakkan pengampunan berdasarkan firman Allah SWT: Ertinya: "Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang- orang yang sabar. " ( An-Nahl : 126 ).


Labels:
0 Responses

Post a Comment

:: sila berikan pandangan anda..terima kasih :) ::

  • ++waktu++

    ++followers++

    ++music++

    ++visitor++