++ al-FatiHah ++
Allahyarham Mohd Fadhiri Bin Mohamad Ariffin

Allahyarham Ahmad Faizol Bin Abdul Sukor

Pada pagi 25 Muharram 1431 H (11.01.2010), sebahagian besar pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris dikejutkan dengan berita pemergian 2 orang pejuang dakwah Islamiyah yang terkenal dalam kalangan pelajar UPSI iaitu Allahyarham Fadhiri dan Allahyarham Faizol. Allahyarham Fadhiri dan Faizol merupakan seorang yang sangat peramah, baik, sangat tinggi nilai akhlaknya dan amat disenangi oleh pelajar-pelajar yang mengenali mereka. Kedua-duanya merupakan pelajar UPSI yang menetap di Kolej Ungku Omar (KUO). Allayarham Fadhiri merupakan pelajar jurusan Pendidikan Matematik yang sedang menjalani latihan mengajar di salah sebuah sekolah di sekitar Tanjung Malim manakala Allahyarham Faizol pula merupakan pelajar jurusan Pendidikan Khas dan berada di semester 7. Allahyarham Fadhiri berasal daripada Tanah Merah, Kelantan sementara Allahyarham Faizol berasal daripada Pasir Mas, Kelantan.


Jenazah Allahyarham Faizol disembahyangkan selepas solat fardhu Zuhur di Surau al-Falah, Kampus Sultan Azlan Shah manakala jenazah Allahyarham Fadhiri disolatkan di surau Hospital Teluk Intan. Ramai pelajar UPSI yang hadir bersama-sama untuk menunaikan solat jenazah Allahyarham Faizol. Turut hadir pada hari itu ialah Dekan Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Dr. Ibrahim Bin Hashim dan beberapa orang pensyarah UPSI serta Pengerusi Rakan Surau iaitu saudara Mohd Nawwar. Pihak UPSI juga turut menyediakan 2 buah bas untuk pelajar-pelajar UPSI bagi mengiringi kedua-kedua jenazah yang dibawa pulang ke kampung masing-masing.

Pemergian Allahyarham Fadhiri dan Faizol memang tiada gantinya. Sebagai tanda sahabat yang kekal abadi marilah kita bersama-sama sedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham. Semoga roh-roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan soleh. Perjuangan yang Allahyarham tinggalkan tidak akan dipersiakan begitu sahaja dan akan kami teruskan... InsyaAllah.

0 Responses

Post a Comment

:: sila berikan pandangan anda..terima kasih :) ::

  • ++waktu++

    ++followers++

    ++music++

    ++visitor++