Hukum Islam, Fitrah dan Aqal Manusia (Zaharuddin Abd Rahman )
Islam adalah sebuah cara hidup yang amat bertepatan dengan fitrah manusia. Setiap hukum yang diletakkan oleh Allah s.w.t adalah bertujuan membawa kebaikan kepada manusia dan menjauhkan mereka dari kemudaratan samada yang dapat dilihat dan ditanggapi oleh pancaindera dan logik aqal manusia atau tidak.


Syeikh Dr. Yusof Al-Qaradawi menyebut, tidak mungkin akan dijumpai satu arahan Allah s.w.t dari sumber nas Al-Quran atau hadith nabi yang merupakan perkara mustahil. Jika ada, sudah tentu samada dalil dari hadith itu kurang sohih atau aqal manusia masih gagal mencari hikmah dan kebaikan yang terselindung disebaliknya. Hal ini juga telah lama disebut oleh Imam Izzuddin Abd Salam dalam Qawaid al-ahkam fi masalihil anam dan juga oleh Imam Ibn Taymiah dalam kitab khasnya yang menghuraikan isu ini.


"
Tapi ustaz, ada juga beberapa benda yang Islam larang, tapi saya rasa memberi manfaat kepada manusia" tegas seorang doktor perubatan kepada saya di sebuah masjid selepas mendengar kuliah saya.

"
Boleh bagi contoh" tanya saya

"
Contohnya kenapa Islam perlu menghalang seorang wanita dalam ‘iddah berkahwin lain setelah bercerai dengan suaminya, jika Islam inginkan rahim isteri itu bersih dari suami, bagaimana jika sudah ada teknik yang boleh mengesahkan rahim tersebut tiada benih suaminya, adakah Islam akan haruskan?" Tanya doktor itu lagi.

"
ye, masih dilarang" kata saya ringkas.

"
Itu lah yang saya maksudkan nampak macam bertentangan dengan kebaikan, sedangkan isteri tadi mungkin perlukan teman dengan segera agar tak terjebak dengan maksiat pula, malah rahimnya juga telah disahkan bersih" Hujah doktor tadi mengasak saya.

"
Mudah saja, sebab Islam menghalalkan Ruju' (kembali) bagi suami selama masih dalam tempoh iddah, rujuk tidak perlu kepada aqad nikah baru. Tempoh ‘iddah adalah satu bentuk ‘masa istimewa' buat suami untuk memikirkan samada ia benar-benar tidak boleh bersama lagi dengan isterinya lagi atau ia tersilap membuat keputusan menceraikannya" saya menerangkan.

"
Tempoh waktu ini amat diperlukan oleh fitrah manusia yang perlukan masa untuk menenangkan diri dan berfikir tentang sesuatu dengan lebih matang dan waras, keperluan ‘iddah bukan hanya bergantung kepada isu rahim kosong dari benih suami atau tidak sahaja, itu hanya salah satu dari objektif ‘iddah yang cuba dilontarkan oleh ulama mazhab Hanafi" Tegas saya lagi.


Bersambung...........


Labels:
0 Responses

Post a Comment

:: sila berikan pandangan anda..terima kasih :) ::

  • ++waktu++

    ++followers++

    ++music++

    ++visitor++